Its.. PeNTaGoNisT.

Assalamualaikum.

Terima kasih melawat blog ku anie. Nada banyak hal atau perkara lah sini anie. Blog ku anie ganya pasal hal-hal yang ada pada diri, persekitaran dan hobi ku :)

Pictures, RC Pictures, Car Pictures sama Random Story atu merupakan kategori untuk kemudahan biskita untuk mencari pos ku yang lalu. Setiap link dalam blog ku ani adalah dari blog ani sendiri dan Insya Allah ada jua link sedikit dari luar blog ku anie.

Luan-luan paning kan mengunjar. Cari saja taya arah Arkib Blog ku atu.

So, try to check it out lah :) Have a great day all.

Ahad, 20 September 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya semua and Maaf Zahir dan Batin. I just don't get the batin joke but the hell with it. Pastinya, aku di sini memohon segala kemaafan kepada mana-mana individu atau kumpulan yang pernah ku membuat silap, salah serta apa sahaja kekhilafan dalam sepanjang persahabatan dan perkenalan kitani. Di samping atu jua, kemaafan ani juga di tujukan kepada mana-mana hamba Allah yang lain jua. Sesungguhnya aku manusia biasa.

Selamat Hari Raya. Semoga kita semua dirahmati Allah SWT. Moga kita menjadi antara hambanya yang berjaya di Dunia dan Akhirat. Amin. Dalam sepanjang kita menempuhi segala cobaan, dugaan dan godaan ketika di bulan Ramadhan, maka nikmatilah hari kejayaan kitani di bulan Syawal yang akan tiba ini dan jangan kitani sekali-kali lupa untuk berterima kasih pada yang maha Esa.

Ciumlah tangan kedua Ibu Bapa kamu, bergembiralah bersama saudara kamu dan sahabat-sahabat mu tatkala mereka masih ada untuk merayakan bersama mu di hari mulia yang bakal tiba.

Allahuakhbar Allahuakhbar Allahuakhbar.